USMS Sdn Bhd sertai Latihan Fire Marshal anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat

06-11-2025

USMS Sdn Bhd sertai Latihan Fire Marshal anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat

Bandar Seri Begawan,  November 2025 Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam mengahdapi situasi kecemasan kebakaran, USMS Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam Latihan Fire Marshal anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mana telah berlangsung di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Turut mengambil bahagian dalam latihan tersebut adalah organisasi seperti BSM, Peak Performance, MC House dan Royal Brunei Airlines (RBA).

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh tentang peranan seorang Fire Marshal dan prosedur keselamatan kebakaran, selain meningkatkan kemahiran praktikal dalam pengendalian kecemasan.

 

Perkongsian Maklumat dan Kandungan Teori

Antara pengisian utama program tersebut adalah perkongsian maklumat mengenai beberapa teori seperti Pengenalan kepada Fire Marshal, Garispanduan Pelan Keselamatan Kebakaran, Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Teknik Mengangkat (Lifting Technique) yang telah disampaikan oleh Pegawai Bomba.

 

Disamping itu juga, peserta juga telah menjalani ujian bertulis bagi menilai kefahaman mereka terhadap modul teori yang merangkumi aspek keselamatan kebakaran, tanggungjawab Fire Marshal, dan prosedur pengurusan kecemasan di tempat kerja

Latihan Praktikal

Latihan praktikal membolehkan peserta mengaplikasikan teori dalam simulasi sebenar, termasuk Latihan di Bilik Gelap, iaitu menguji keupayaan bertindak dan bergerak di dalam keadaan gelap dan berasap, Fire Drill Exercise, iaitu latihan pengosongan bangunan dan koordinasi pasukan semasa kecemasan, Latihan pengetahuan jenis-jenis pemadam api dan praktikal memadam api, dan Fire Drill Exercise dengan simulasi mangsa cedera, iaitu aktiviti penutup yang menggabungkan pengosongan bangunan, pemberitahuan kecemasan, penyelamatan, rawatan asas kecemasan, memadamkan api dan komunikasi berkesan semasa insiden sebenar.

 

Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Kebakaran

Latihan Fire Marshal ini berjaya meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan organisasi. Program ini memastikan peserta lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan dengan cekap dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat.

 

 

 

 

 

 

 

 

--